Saturday 22 November 2014

Anda pasti tak percaya, apa air masak boleh buat.

Teks: Zarifah Zahirah binti juanis

Assalammualsikum.

Badan kita terdiri dari pada 60-70% air . Percaya atau tidak minum banyak air mampu merubah fizikal anda.

Saya sering minum ketika waktu belajar di universiti. Disebabkan perjalanan ke fakulti yang terpaksa mendaki tangga dan bukit. Saya membawa bekal air masak ke kelas. Tiba di kelas, saya duduk dan mengambil nafas. Kemudian minum air sehingga setengah botol. Air dalam badan membantu kita untuk mengekalkan kondisi air yang tersejat. Peluh dan pembuangan najis salah satu punca kita kehilangan air dalam badan.

Gambar saya kurus

Salah satu faktor saya sentiasa kurus adalah minum air dengan banyak. Selain itu, air membantu menghilangkan bau badan anda. Hebatnya! Saya juga mengamalkan minum air sebaik sahaja bangun tidur. Jika kita minum , pencernaan sostem badan mudah dan lancar. Pagi selepas beberapa minit, saya pasti ke washroom.

Selain itu, air membantu melancarkan fikiran disaat stress. Iya. Ia membantu stress. Semakin kerap kita minum air, otak, jantung, hati bertindak balas dengan mudah dan membantu pengaliran darah dalam badan.

Boleh kah kita bayangkan ape akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air x mencukupi?

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada KUNING cair atau PEKAT.

Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Kini, saya masih minum banyak air terutama sekali untuk menyusukan si manja. Tambahan makanan sunnah seperti kurma membantu lagi penghasilan susu badan.

Amalkan minum air. Banyak faedahnya.

Tc
-missz-

No comments:

Post a Comment