Saturday 8 November 2014

LHDN buka Sabtu? Hmm

Teks: Zarifah zahira juanis.

Assalammualaikum.

Semoga anda yang membaca post ini sentiasa diberkati illahi.

Saya ke LHDN wangsa maju tadi. Setelah membaca di laman rasmi LHDN mereka menyatakan dengan yakin urusan boleh dilakukan pada hari sabtu.  Al kisahnya, saya sampai disana dan suasana hening dan sunyi.. Krikk.. Krikk.. Berdiri dekat menghampiri saya adalah seorang staff yang baik budi bicaranya. Beliau menyatakan tiada urusan hari sabtu, cuma ada waktu pejabat. Hampanya saya. Namun kerNa budi bicara yang baik staff itu, terubat sedikit kekecewaan.

Beliau mencadangkan UTC Pudu untuk urusan pada hari ini. Terima kasih kepada staff itu, urusan saya berjaya diselesaikan.

Rupanya hanya di UTC , LHDN beroperasi sabtu sehingga 10 malam.. I learned my lesson.

Urusan di UTC Pudu sangat bagus. Kebetulannya, kami dapat parking senang dan tiada pelanggan lain di LHDN. Alhamdulillah. Suami saya menyatakan bahawa ada beberapa agensi tiada di sesetengah UTC. Mungkin belum lagi. Tapi pengalaman di UTC memang bagus walaupun parking sejam dikenakan RM 5. 00.

Jika ada yang seperti saya, google dululah sebelum ke agensi kerajaan. Takut kita membazir masa pada benda yang tidak patut.

Cumanya, cadangan saya adakan baby room untuk emak yang ada anak kecil. Kasihan saya melihat mereka bersama anak kecil menunggu lama.

Oklah. Terima kasih membaca. :).

No comments:

Post a Comment