Wednesday 10 September 2014

Rezeki Allah: Kisah Penjual Nasi Lemak

Teks: Zarifah Zahirah Binti Juanis

Assalammualikum,




Nasi lemak adalah makanan paling sedap di kala waktu bersarapan. 
Kisah ini adalah pengalaman seorang makcik nasi lemak.

Kisahnya bermula apabila saya sering membeli sarapan di warung kecil berhampiran tempat kerja saya. Makcik ini adalah berketurunan Jawa, Indonesia.
Setiap hari , dia pasti menunggu kehadiran saya. Jika saya tidak datang, sudah pasti dia akan bertanyakan hal saya. Bukan setiap hari saya menjamah nasi lemak ya. 

Makcik datang awal pagi, beliau di hantar oleh suaminya, dalam jam 10.00 pagi dia sudah berkemas dan pulang menaiki teksi. Terlalu banyak barang yang dibawa. Iyalah, lauknya juga banyak. Kerang sambal pilihan hati saya. Beliau ada menjual nasi putih, rendang ayam, sambal sotong, kuih - muih dan juga empat jenis air.

Makcik ini sebenarnya berisiko disaman oleh MPS. Ini kerana, rata-rata peniaga sebelum ini yang berniaga di sekitar kawasan ini akan takut pada penguasa. Mungkin juga rezkinya murah, alhamdulillah sudah hampir 6 bulan berniaga setiap hari. Dalam jangka masa itu, sudah 3 kali dia berubah kedudukan.

Lokasi pertama, disuruh berpindah kena menghalang CCTV pemilik kedai kereta, lokasi kedua, kerana ia adalah kawasan parkir kereta , dan kini tempat terakhir sangat strategik kerana terlindung panas matahari namun sedikit jauh dari tempat asalnya. Tidak mengapalah kata beliau, kerana masih di tempat yang sama. 

Perihal ragam pelanggan, setiap hari ada sahaja pelanggan yang berbeza-beza dan juga pelanggan tetap seperti saya. Hehe. Suatu hari dia sedikit marah pada seorang lelaki yang selalu membeli di warungnya. Lelaki itu katanya sangat biadap kerana tidak beratur, sering berkasar bahasa dan mengambil makanan tanpa adab serta tidak sabar. 

Melihat pada luahan hati dia, saya hanya tersenyum, dan mohon dia bersabar. Disebalik setiap masalah pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan kerana seorang pelanggan yang berperangai buruk, dia jadi tawar hati untuk berurus niaga. Itu pengajaran buat saya. Saya terkesan kerana dia sorang yang rendah diri, bersabar dan tidak sombong walaupun sudah banyak pelanggan lain. 

Pengajaran kisah, usaha tangga kejayaan. Nak senang bukan mudah, tapi mudah untuk berlagak senang. :)

p/s: Makanan berat jer, malam ini tambah makanan sunnah. Pekena air madu halia jom!

-missZ-


No comments:

Post a Comment