Sunday 28 September 2014

Betulkah marah tanda sayang?

Teks: Zarifah Zahirah Binti Juanis
Foto: Google

Assalammualikum,
Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang illahi untuk bernafas dan terus beribadah.

Saya ingin mengupas berkaitan cakap-cakap "marah tanda sayang". Sejauh mana kebenarannya?
Hal ini sering menjadi tanda tanya. Sedangkan nabi mengajar umatnya tidak memarahi kecuali dalam perkara yang melibatkan amar maakruf nahi mungkar. Dalam riwayat, nabi memberi tazkirah dengan nada yang tinggi pada sesetengah isi sebagai memberi peringatan dan teguran.



Sesungguhnya, saya mengakui marah membawa banyak kesan keatas keperibadian seseorang terutama ddalam mendidik anak. Kita marahkan anak kerana kepenatan mengejarnya dari berlari di ruangan hospital, adakah ini contoh marah tanda sayang? Atau marah kerana malu pada perangai dan kekuatiran umunm anda tidak mendidiknya dengan baik? Suka saya bangkitkan senario marah sang suami kepada isterinya atas sebab kecil contohnya tidak memasak, baju kerja tidak di gosok, atau hidangan makanan tidak tersedia, walhal si isteri bergelut dengan anak yang sedang aktif dan membesar. 

Bukankah marah itu hanya mengundang ketidakpuasan hati sang isteri yang kepenatan. ataupun sang suami tidak ambil peduli apa yang berlaku? Jika diberikan mereka masa setengah hari menjaga anak kecil adakah mereka berjaya menidurkan, memberi makan, memandikan dan bermain dengan si kecil? Pada pandangan saya tidak. Mereka akan gagal!

Seorang ustaz di kaca tv pernah berkata, sekiranya bapa mempunyai sikap baran, suka memaki dan mencarut, tidak hairanlah anak akan mengikut perkara yang sama kerana saban hari mendengar perkara yang sama. Jika dari awal si manja, si bapa sudah mencarut, anak pasti akan mengikut jejak teladan. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Jadi, bapa perlu dan disarankan lebih peka terhadap ungkapan yang dikeluarkan. Anak itu adalah acuan dari diri kita, jika si ibu sering kali diherdik dan dimarahi, pasti anak juga terkesan dengan sikap si bapa.

Kita perlu belajar dari teknik membesarkan anak dengan pujian dan dorongan bukan marah serta herdikan. Jika anak anda melakukan kesalahan, mohon anda bertenang dan lihat pada arah yang lebih positif. Mendidik anak lelaki adalah sukar terutamanya disebabkan ego. Anak perempuan memang azalinya bersifat lembut. Herdikan dan marah hanya menyebabkan anak memberontak dan marah serta berdendam. Pasti dia akan ingat sampai ke akhir usia saat anda memarahinya terutama jika di khalayak ramai. Awas!

Natijahnya, kain yang sepatutnya dicanting cantik dan kemas, menjadi tompokan yang hitam dan buruk sekiranya tidak peka dan prihatin terhadapnya.

Salam santai.

p/s: sudah analkan makanan sunnah? Madu dan teh sedap diminum sebelum tidur. Amalkan ya.

-missZ-



No comments:

Post a Comment