Wednesday 10 September 2014

Atasi kegagalan anda dengan..

Teks: Zarifah Zahirah Binti Juanis

Assalammualaikum.

Foto: Google


Kadang kala dalam kitaran hidup ini, Allah menguji kita berulang kali. Saya pernah diuji dengan ujian yang tidak mampu diungkapkan perasaan itu. Kegagalan adalah sebuah langkah yang mematangkan manusia. Apabila di uji, hakikatnya kita akan terasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan itu hingga ke penamat.

Jika keputusan peperiksaan anda saat dahulu mengecewakan, lantas adakah anda berputus asa? Pasti tidak bukan? Anda akan lebih rajin mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi hingga betul-betul mahir. Tidak cukup itu, anda rajin mengadakan diskusi dan prep. Betul kan? Inilah tanda kegagalan memacu kejayaan akan datang. Kita menjadi lebih rapat dengan illahi kerana saat kita lupakan dia, kita sebenarnya menjauhi yang Esa.

Bagaimana bangkit setelah gagal?
Saya sejujurnya akan menagis sepuasnya. Kerana melepaskan kekecewaan akan timbul perasaan berlapang dada. Menagislah sepuasnya. Luahkan. Ia pasti membantu kalian.
Saya juga akan mengatasi kesedihan dengan mengemas rumah atau memasak. Kerana tika itu konsenterasi saya sudah pun di alihkan kepada perkara lain.

Antara yang paling mujarab adalah berteleku di tikar sejadah. Ambil masa merenung kembali apa yang anda lakukan. Khilaf yang berlaku tanpa kita sedari pasti punca kekecewaan itu.  Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Berusaha membaiki kelemahan diri lebih baik daripada   terus- terusan bersedih hati.

Anggaplah tuhan inginkan yang lebih baik dari kita kerana itu dia menguji untuk kita dapat hikmah yang mungkinya 100 kali lebih baik dari kekecewaan yang kita alami sekarang. Teruskan bersikap positive.

Salam kegigihan dan hindari kekecewaan. Tuhan tidak menguji seseorang jika dia tidak mampu. Anda mampu kerana itu anda diuji. Bertabahlah!

-missZ-

No comments:

Post a Comment