Thursday 11 September 2014

Alasan dan Kita

Teks: Zarifah Zahirah Binti Juanis
Foto: Google

Assalammualikum.

Pernahkah anda berada di situasi anda perlu memberi alasan tidak masuk akal. Ataupun anda sedang bersenang-lenang, tiba-tiba seseorang menyuruh anda berhenti dan menolongnya sebentar? Lantas apa yang kita lontarkan? Alasan bukan?
"Nantilah.."
"Sebentar lagi.."
"Kejaplah.." 
"Ala, bukan mati pun tidak berbuat perkara itu.."
Itu adalah sebahagian alasan yang sering diungkapkan. 

Namun adakah anda sedar, sekiranya anda terlalu suka memberi alasan, ada pihak yang tidak senang dengan perangai anda. Kemungkinan juga anda akan dikatakan sebagai seorang yang pemalas, tidak boleh diharap, suka menagguh ataupun sebagainya. Mungkin juga alasan yang diberikan boleh mengakibatkan sesuatu yang teruk. Fikir-fikirkan.

Saya pernah mengalami saat janggal ketika saya menjawab panggilan seorang pelanggan ini. Bukan saya yang dicari, namun insan yang berurusan dengannya itu tidak mahu bercakap atas urusan yang saya pun tidak tahu asal dan asbabnya. Dipendekkan cerita, setiap kali dia menalifon ke talian saya, saya terpaksa memberi alasan yang pegawai itu tiada di tempatnya. Rasa bersalah berbohong, namun apakan daya, ia tidak dapat dielakkan. Terpaksa.

Sering juga saya terdengar alasan diet bagi menolak ajakan rakan untuk keluar. Ataupun alasan untuk mengelakkan dari bercakap dengan ejen insurans. Saya sedang sibuk, atau dalam perjumpaan. Hehe. Bagi saya, noktah kerana saya sudah mempunyai insurans. Jangan hubungi saya! Setelah diamati, saya juga tergolong dalam golongan seorang yang suka memberi alasan. Aduh! Mari audit diri kita.




Kita sebenarnya wajar memberi alasan sekiranya melibatkan sesuatu yang bukan kepakaran kita. Alasan juga adalah tanda awal sikap buruk seseorang individu dan petunjuk si dia suka membazir masa. 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan pesan dengan kebenaran dan kesabaran"
-Surah Al-Ashr-

Mari bayangkan, situasi apabila anda menagguh membayar bil api yang tertungguk, dengan alasan, bekalan tidak akan dipotong, bil bukan dalam amaunt yang banyak, atau tidak sempat membayar dalam tempoh yang ditetapkan, anda sememangnya silap, entah bila kita tidak tahu talian kita akan di putuskan. 

Lebih parah sekiranya ia terpaksa mengambil bebrapa jam untuk sambungan semula. Kemungkinan masa itu, bayi kecil mengamuk kepanasan dan nyamuk berterbangan menggigit si manja. Anda mahu perkara itu berlaku?

Natijahnya, kita harus bijak menyusun kata dan berfikir sebelum melontarkan kata-kata terutama sekali apabila memberi alasan. Sebaiknya, cuba respon dengan segera, peka kepada situasi berhampiran anda dan pilihlah untuk membantu orang lain. Tidak rugi malah mendapat pahala.

Jika kita mampu berbuat sesuatu dengan segera, percepatkan. Kemungkinan masa yang sahaja untuk anda lakukan ketika itu, siapa tahu masa hadapan yang bakal berlaku bukan? 

Alasan untuk tidak mengamalkan makanan sunnah juga adalah sekadar alasan. Mulakan dengan barangan pasar yang biasa kemudian istiqamah. Saya juga akan mula mengamalkan Tamar Cocoa untuk pengganti 'agar hidup lebih sihat dan kuat'. Mari berubah kepada yang lebih baik.

Salam berhemah

-missZ-

No comments:

Post a Comment