Monday 8 September 2014

#MYcyberSALE

Teks: Zarifah Zahirah Binti Juanis
Foto: Koleksi Peribadi


Assalammualaikum.




Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan menghadiri pembentangan berkaitan #MYcyberSALE di MaGic, Cyberjaya. Banyak perkara yang menarik ingin saya kongsikan dengan anda terutama yang menjalankan perniagaan dalam talian.

Sebelum kita pergi lebih jauh, lebih afdal saya terangkan apakah acara ini.
Pernahkan anda mendengar Black Friday, MondayCyber atau Boxing Day. Ia lebih dikenali di Amerika Syarikat. Acara seperti ini adalah acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pembeli kerana rata-rata penjual menjual harga tidak masuk akal sehingga diskaun 98%. Bayangkan? Seolah-olah MYR100.00 dapat dibeli dengan harga MYR2.00. Bukankah itu harga runtuh?


Atas inisiatif oleh pihak kerajaan terutama MDeC dan Digital Malaysia mereka telah menganjurkan acara ini buat julung-julung kali di Malaysia. Ia menawarkan tawaran membeli-belah dalam talian serentak dan diskaun hebat bagi semua pengguna Malaysia.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli-belah dalam talian. MDEC mempunyai sasaran 100,000 pembeli dan RM50 juta jualan untuk tempoh berkempen. Semua yang mengambil bahagian dalam talian peruncit, pasar dan laman web. Mereka mesti mendaftar dengan MDEC, dan menjalani tapisan dan proses kelulusan yang ketat. 

Terdapat banyak pihak yang terlibat terutama syarikat yang beroperasi secara dalam talian (e-commerce). Ini adalah umpama SOGO SALE jika kita dapat bayangkan namun hanya pada dalam talian bersama koleberasi beberapa syarikat online besar seperti Mudah.my, Lelong.com, LAZADA, Rakuten, Groupon dan pihak media serta pihak bank.

Rangkaian nama-nama besar ini adalah juga turut berkerjasama dengan rangkaian pembayaran dalam talian seperti Mol Pay, ipay88 untuk kemudahan pembayaran semasa acara berlangsung.

Media yang terlibat dalam mempromosi termasuk Astro Radio (Era fm, THR Gegar, Mix fm, dan lain-lain) serta Google Malaysia. Wow! Sangat bagus bagi sesiapa yang berpeluang menyertai acara ini.

Antara foto di acara tersebut.


Penerangan oleh wakil MOL Pay





Hadirin yang hadir




#MYcyberSALE, acara ini berlansung pada 29 September 2014 sehingga 1 Oktober 2014. Pendaftaran telah ditutup. Namun inilah peluang untuk berbelanja berhemah. 

Klik disini untuk makluman lanjut. 

Atas pemerhatian saya, 70% yang hadir adalah usahawan dalam talian berbangsa Cina, dimanakah bangsa kita? Adakah peluang hebat ini tidak mendapat perhatian atau liputan dari usahawan bangsa kita atau bagaimana? Mohon kongsikan. 

p/s: Sudah makan makanan sunnah? Madu dan kurma baik untuk kesihatan.




No comments:

Post a Comment