Friday 5 September 2014

Makanan Sunnah- Rasullullah, Doktor Pilihan Hatiku.

Teks: Zarifah Zahirah Binti Juanis

Assalammualaikum,
Bismillahirahmannirahim.

Tadi saya menagis sendirian kerana saya amat rindu kepada Rasullulah, junjungan mulia. Sukar digambarkan perasaan itu. Hanya Allah sebagai saksi. Ya terlalu banyak pengaruh baginda dalam hidup saya. 

Ya Rasullulah Ya Habibi, dia adalah contoh ikutan sepanjang zaman. 
Segala perihal yang baginda lakukan merupakan sunnah. Bagaimana baginda tercinta memelihara kesihatannya adalah perlu diberikan contoh malah rutin di dalam hidupan kita terutama masyarakat Melayu. Sinonimnya, masyarakat Malaysia gemarkan makanan berminyak dan berkalori tinggi. Makanan sebegitulah juga yang membawa kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya.

Sunnah dalam pemakanan Rasullulah merupakan pakej lengkap yang terkandung dalam piramid makanan.  Mari kita kaji sedikit pemakanan yang diberikan oleh pakar pemakanan dunia.

kredit gambar : Google

Melihat kepada plan pemakanan kesihatan di atas, cuba anda semak semula apa yang pernah kita ambil? Tentunya bukan buah-buahan dan juga sayuran, kan? Jika kita lihat, masyarakat kita gemarkan yang kurang disarankan oleh pakar pemakanan sihat sebagai contoh ayam, produk tensusu dan sebagainya.

Tiada salahnya mengambil makan berkalori tinggi, namun berpada-pada. Ia perlu diambil dalam kualiti yang sedikit serta disulami dengan makanan sunnah yang Rasullulah anjurkan. Kita digalakkan makan buah-buahan sebelum memulakan menu utama, kurangkan makanan berminyak dan banyakkan minum air kosong/masak. Fakta juga mengatakan bahawa, minum air banyak boleh membawa perubahan besar dan juga petua awet muda. 

Makanan sunnah yang kini kembali mendapat perhatian masyarakat islam sebagai contoh kurma, minyak zaitun, buah delima dan berbagai lagi ramuan pasar yang patut kita amalkan mulai sekarang. Bukan sekadar beli dan menyimpannya, mohon gunakannya dalam rutin harian kita.

Sebagai contoh, saya sendiri menggunakan ramuan dari pasar dalam kehidupan seharian saya:
  1. Garam: Penawar sakit perut. Letakkan secubit garam ke dalam air suam dan kacau. Baca selawat tiga kali dan bertawakal kepada Allah. Insya-allah.
  2. Bawang: Melegakan selesema. Potong setengah seulas bawang merah dan letakkan di dalam bilik. Insya-allah selesama dan hidung akan berasa lega.
  3. Halia: Mencairkan kahak. Masak sup ikan haruan dan tambah halia dengan banyak mampu mencairkan kahak terutama bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Mereka akan mengalami kesukaran bernafas kerana terdapat prosedur memasukkan tiub di salur penafasan (hanya pada sesetangah kes seperti saya)
  4. Madu: Penawar batuk dan asma. Saya mengubati penyakit asma saya dengan memakan madu asli. Madu sentiasa ada di dalam rumah saya.
  5. Kurma: Makanan kegemaran si manja saya. Saya campurkan dalam bubur anak saya dan saya ambil sebagai vitamin tambahan saya. Sebiji kurma, seribu khasiatnya.
  6. Air Zam-Zam: Saya campur dalam bubur anak saya dan sebagai minuman saya.


Itu adalah apa yang saya amalkan dan diturunkan dari ibu tercinta. Saya suka mencadangkan ibu-ibu muda mula mengajar si manja anda untuk mengenali makan sunnah ini seawal usia. Jika diikutkan, kita tahnik anak menggunakan air zam-zam dan kurmakan? Maka jangan berhenti disitu, mari kita teruskan dan sentiasa menjadikan amalan menyimpan dan mengguna produk sunnah. 


"Dan apabila aku sakit. Dialah yang menyembuhkan aku." 
(Surah As-Syu'arak' ayat 80)

Jom amalkan makanan sunnah demi kesihatan dan kelasterian hidup kita.
Salam sihat.

-missZ-

No comments:

Post a Comment