Sunday 7 September 2014

Kebahagian: Kita Yang Bina Sendiri

Teks: Zarifah Zahirah Binti Juanis
Foto: Koleksi peribadi

Bismillahirrahmannirrahim.

Bunyi kipas yang berputar di ruang tamu saya terasa kuat berbanding 10 minit tadi. Begitu juga bunyi air yang keluar menderu-deru hasil bilasan terakhir di mesin basuh, jelas bunyinya sekarang. Si ibu saat ini berjaga-jaga dalam menyambung tugasan harian, takut-takut mengejutkan si manja yang sedang lena. Itulah ibu, jika si manja terlena, ibarat si ibu menang pertandingan yang besar. Erti kata lain bahagia.

Kemudian, saya menoleh melihat buaian yang terhayun lemah, dan kadang kala ada gerakan kecil si manja yang tidur didalamnya membuatkan saya berasa tenang seketika. Baru sahaja sebentar tadi si manja meraung kuat, bergelak ketawa, merangkak hingga ke dapur semasa saya sedang memasak, tiba-tiba suasana menjadi senyap. Semalam, saat si manja tidur di dalam dakapan saya setelah dia menagis, melaung, merengek, kemudian dia mula senyap dan terlena. Oh, si anak manja. Kasihmu adalah kebahagiaan ibu.


Lihat pada paha si manja, buat saya geram. hehe


Sejujurnya, bagi saya yang baru sahaja merangkul tahta sebagai ibu, paling penting untuk kita adalah menghargai momen yang sedikit seperti senyuman si manja, gelak tawanya, sentuhannya membelai rambut kita dan baunya. Ya, saya amat gemarkan bau si manja. Bukan kah itu juga bahagia?

Saat rasa tertekan dengan bebanan harian dan anak, ambil masa 5 minit untuk tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam dan lepas, ataupun beristighfar 20 kali. Insya-allah semuanya akan okey.

Rasa terkesan dengan kata-kata ini.

"Pada saat harapan yang benar kita impiankan tidak tercapai, kamu mengganggap tuhan meninggalkan kamu, tapi namun kamu, adakah benar rasa perbuatan itu betul?"

"Aturan tuhan itu sudah sempurna, tiada apa yang dinamakan kebetulan. Kekecewaaan adalah cerminan diri kita. " 

Ayat ini membuatkan saya melihat diri saya sendiri, Ya-Allah. Sudah cukupkah kita beribadah kepada Nya?

Selamat membuat tugasan rumah ibu hebat.
Salam berhujung minggu.

p/s: Oh ya, amalkan makanan sunnah untuk menambah tenaga  dan konsenterasi ibu hebat.

-missZ-

2 comments:

  1. Blog yng menyentuh nurani...nice blog
    Jemput ke blog say jugak k
    www.mom2careshopvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete